Sunday 6 May 2012

Tudung Bulat

assalamualaikum W.H.T

hey all !

     Tudung bulat. Selalunya bila perempuan pakai tudung bulat ni, depa sering kena perli kan ? Khemah bergerak la, Ninja la, Hantu kum kum la. Ghasak la ape orang nak panggil. Nasib baik depa yang pakai tudung besaq ni patient orangnya. Kalo tak, lama manusia yang suka mengata orang ni kena WWF. Haha. Actually tadi aku p Teluk Cempedak dengan roomate & kawan aku 3 ketul. Depa semua baik-baik, pakai tudung besaq and ada yang pakai tudung bulat. Sambil jalan-jalan, tiba tiba tekak ni gatai duk meminta minta aiskrim. Tak nak yang murah, yang selalu pak cik-pak cik naik moto buruk, dengan tong besi besaq kat belakang, and plastik plastik yang berisi roti and corn aiskrim bergantungan di tepi tong besi tu. Sambil bunyikan loceng, menandakan mereke jual aiskrim. Haa.. tekak kami ni xnak yang tu. Depa duk habaq, " Nak aiskrim sundae chocolate flavour, tak pun Mcflurry cornetto chocolate flavour, beli krusher pun stai jugak ". Demi tidak menghampakan tekak kesayangan, so kami terkocoh-kocoh ke kiosk aiskrim berdekatan.

     Dah dapat ape yang diidamkan, kami pun bajet la nak jalan-jalan kat bridge yang ada kat TC ni sambil makan aiskrim. Feelinggg gitu Jah. Mampu ? Then time mula-mula kami nak masuk bridge ni, kelihatan lebih dari 10 ketul kera menanti sambil melambai-lambai kami. Ok tipu. Masa tu kami macam cuak jugak la, takut takut si kera tu bertindak ganas, demi mahu merasa aiskrim kami. Nak buang aiskrim tu sayang, yelah, bukan 10sen dua. Pikiq punya pikiq, sorang kawan aku ni masukkan aiskrim beliau ke dalam beg. Dalam beg tu ade kain telekung, so tak bleh nak letak banyak banyak aiskrim, dikuatiri tumpah nye hadoiii..

     Luckily, sorang kawan aku ni pakai tudung bulat. Beliau sorok aiskrim beliau and aiskrim aku dalam tudung beliau. Effective bukan. Please try this at home. Haha. Hasilnya, kami dapat melalui bridge ni sambil makan aiskrim yang bestttt sambil menikmati keindahan pantai kat situ. Wah, feelinggg bukan ? Aku sendiri pun tak terfikir pasal ni. Sambil-sambil jalan tu, kami ditiup angin sepoi sepoi kencang yang cuba untuk mencabuli kami. Bagi aku yang pakai tudung biasa ni, duk sibuk cover cover baju and tudung, bimbang takut terdedah part part yang tak sepatutnya. Tapi aku kagum gila tengok kawan aku yang pakai tudung bulat tu. Punyalah stai beliau jalan tanpa menghiraukan angin tu. Tudung beliau pun xdelah terhuyung hayang macam tudung aku bila ditiup angin.  Tapi can u imagine, how lucky they are ?

    Back to next story, sambil sambil menunggu delivery yang janji nak mai ambik pukul 7.30 tapi last last pukul 8.05 baru sampai, aku and kawan aku duk menyembang kat Burger King. Kami khusyuk duk usha gelagat dua beradik. Sorang kakak yang berjantina perempuan berusia kira kira 4 tahun dan adiknye berjantina lelaki yang berusia kira kira 3 bulan kot. Agak agak je disebabkan badan and kepala beliau lembik seperti agar agar. Actually, depa p makan dua family. Satu family ade 2 orang anak, and satu family lagi, xde anak. Depa makan satu meja. Then bila si ibu datang ke meja sambil membawa makanan yang diorder, tiba tiba si kecik menangis mahukan susu. Si ibu dengan gopohnya, ambik susu botol then suapkan ke mulut si kecil tu. Tapi si kecil tu sungguh pintar sekali. Beliau tau, itu palsu. Beliau xnak bukak mulut. Then si ibu ni macam nervous. Yelah, xkan nak menyusu badan depan kawan husband beliau yang duk mengadap tu. Tapi nak xnak, terpaksa jugak. Si ibu ni susah susah ambik kain lampin, dilindung nye anak and part part yang tidak sepatutnye dgn kain tu. Sukar bukan?

    Then kawan aku ni bercerita tentang sorang perempuan ni. Aku da lupa name ape. Menurut beliau, perempuan tu bertudung bulat. Perempuan tu menyusukan anaknye dengan riang gembira sambil anaknye disorokkan ke dalam tudung. Subhanallah, terpelihara bukan ? Sesungguhnya mereka yang taat kepada perintah Allah, memelihara ape yang mereka sepatutnye pelihara, Allah akan menjaga aib mereka. Bukan sahaja di dunia, insyaAllah di akhirat juga. (:

hai Che Jah, nak kemana lawa lawa ni